Tuesday, January 3, 2012

tips mengepam di tempat kerja

kalau saya ikut jadual dan berdisiplin, saya boleh dapat banyak ni setiap sesi, mungkin kurang sedikit di waktu petang. 

saya bersyukur kerana tempat kerja saya memang condusive untuk saya mengatur jadual mengepam. saya boleh berhenti bekerja dalam 15- 30 minit mengikut keadaan sibuk atau tidak untuk mengepam. dan paling terbaru, saya cuba mengepam di meja saja, dan tiada siapa pun peduli haha! ok, mari saya share sedikit sebanyak tips mengepam di pejabat:

1- jadual mengepam
kita mesti tahu bila masa terbaik untuk kita cabut pergi surau/ stor (sian kan pam kt stor) untuk mengepam. kita kena agak hari apa yang lebih sibuk atau bila kita ada appointment di luar/ meeting di pejabat dan lain- lain.  dan baby juga akan berubah perangai. ada masa nak menyusu sebelum kita pergi kerja, ada masa dia tak kisah pun. masa saya mula masuk kerja, bulan 9 yang lepas, jadual saya lebih kurang begini: 10 pagi, 1 tgh hari, 4 petang. ketika itu, adam akan menyusu dalam kereta, dalam perjalanan ke rumah babysitter. sejak 2 bulan kebelakangan ini, dia tak nak pun menyusu. dia marah- marah jika saya nak susukan dia. jadi, apa yang berlaku ialah, saya akan pam sebelum pergi kerja (pam sebelum adam bangun, sekitar jam 7 pagi). atau jika tak sempat (terbabas tido), saya akan pam dalam kereta (jika dihantar oleh suami) atau pam sejurus sampai di pejabat.  

2- gadget yang sesuai
pilih pam yang tidak memberi tekanan minda! pemilihan jenis pam perlu berkait dengan nature pekerjaan kita. kalau sering meeting di luar, kadang- kadang pam manual lagi senang. kalau jenis kerja yang tak ke mana- mana, 9-5 kat meja je, nak letak pam besar- besar, melekat kt meja pun takpe. kalau jenis kerja sentiasa berkejar ke sana ke mari, pam yang banyak parts untuk assemble pun akan mencabar minda. TAPI, alah bisa tegal biasa sebenarnya.

3- pakaian yang sesuai
saya tak pasti dengan orang lain, tapi sejak saya mengepam di ofis, kalau boleh nak pakai baju sebesar- besarnya. senang nak selak, lipat whatnot! dan paling penting, beli lah nursing bra, memang menjimatkan masa. saya rasa, paling condusive pakailah baju kurung, dan paling tak condusive ialah kemeja butang depan. silap- silap boleh tercabut semua butang kalau tarik tergesa- gesa.

4- sokongan rakan sekerja
jangan segan silu beritahu lah rakan- rakan yang kita ni mengepam susu, di mana kita akan simpan susu (kalau kongsi peti ais pejabat), bila kita akan pam (takut orang cari, kita takde di meja, kot kena tuduh mengulor). selain memberitahu, kita secara tak langsung memberi maklumat juga. mana tau, ada lagi yang nak ikut jejak langkah kita nanti, ada lah kawan mengepam, baru motivasi tinggi sokmo. penting juga untuk beritahu HR, supaya kita diberi pelepasan untuk meninggalkan kerja 2-3 kali sehari selama 15-20 minit.

5- disiplin dan istiqamah
ini bukanlah tips sangat hehe. tapi percayalah, kalau hari isnin kita culas, kemungkinan besar, sampai hari jumaat kita culas mengepam. kemudian tension sorang- sorang. hehehe. bercakap melalui pengalaman lah tu. kalau dah culas di ofis, balik rumah silalah qado mengepam. kalau tanak qado, jangan culas. begitulah.

harap tips saya membantu!

2 comments:

alinalan said...

TANG PAKAIAN BUTANG DEPAN TU HATI2 JANGAN TERLUPA NAK BUTANG SEMULA SUDAH SETELAH SELESAI BUAT PROJEK MENGEPAM... BAHAYA2...

aliyahaznin said...

kihkihkih! hari ni baru perasan shawl yg pakai selubung time ngepam tu rupanya see through!! *pengsan*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...