Wednesday, April 24, 2013

My Shaklee Business

Salam pagi Rabu :)

Seperti yang dijanjikan dalam business plan shaklee, individu yang bermula sebagai pengedar sah shaklee, layak menerima 3 perkara; iaitu Cash, Car, Convention, Sekiranya dia berusaha dan faham bagaimana bisnes ini dijalankan. Sepertimana yang anda semua tahu, Shaklee adalah perniagaan berbentuk MLM, yang mana business plan MLM adalah "easily duplicable" dan merupakan salah satu pilihan popular untuk menikmati "financial freedom" yang diidamkan oleh ramai orang.


Saya sendiri tidak begitu faham dengan konsep "financial freedom" dan tidak percaya saya boleh melakukannya. Sehinggalah saya berkeluarga dan pandangan saya tentang kerjaya semasa itu berubah hampir 100%. apabila saya mempunyai anak- anak, saya sering berfikir tentang apa yang akan berlaku 10- 20 tahun lagi. Semasa anak saya sudah layak ke kolej/ universiti, di manakah saya berada sebagai seorang wanita bekerjaya? Berapa banyak income saya dan suami ketika itu? Apa perancangan persaraan kami, kerana kami berdua bukan kakitangan kerajaan berpencen. Semua itu sukar saya jawab dengan keadaan kerjaya saya sekarang. Saya bekerja di sebuah NGO biasa, yang tidak saya nampak mana arah boleh saya tuju untuk meningkat maju samada dari segi pangkat mahupun pendapatan. Dan saya tidak mahu bertukar ke bidang korporat pula, yang mungkin boleh menjanjikan wang yang lebih, pangkat yang tinggi, namun tiada jaminan keseronokan dan kepuasan bekerja.

Tahun pertama saya dengan bisnes Shaklee, saya masih tercari- cari rentak sebenar bisnes ini. Saya tahu ianya boleh memberi jaminan kewangan setiap bulan jika saya berusaha, tapi bagaimana pula peluang bersara dengan selesa, tidak terikat dengan waktu bekerja setiap hari dan punya lebih masa dengan keluarga? Saya terus mengali maklumat dan semakin rapat dengan mentor- mentor saya, Alin & Cery. Saya tanya banyak perkara, bagaiman mereka melakukannya, apa kesilapan awal mereka, dan bagaimana saya boleh jadi lebih baik dari mereka? Alhamdulillah, mereka adalah mentor yang sangat pemurah ilmu, masa dan komitmen. Saya adakalanya malu dengan komitmen saya sendiri berbanding komitmen mereka.

Bermula pertengahan tahun lepas, saya meletakkan "benchmark" kepada pendapatan sampingan saya bersama Shaklee. Saya mahu bonus yang sama jumlahnya dengan gaji bulanan saya. Kemudian saya mahu ianya dua kali ganda pula. Alhamdulillah, apabila saya berjaya mendapatkannya, baru saya sedar, saya menghampiri apa yang dikatakan sebagai "financial freedom". Ketika jumlah bonus Shaklee berjumlah sama dengan gaji bulanan saya, saya ambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Saya kini bebas untuk memilih, samada saya pergi ke ofis setiap hari (dan tidak gembira) atau saya tumpukan perhatian kepada bisnes Shaklee saya (yang buat saya sangat gembira setiap hari). Inilah kebebasan memilih yang saya kecapi. Ianya sangat "empowering"!

Semakin lama semakin jelas, dan saya lebih gembira bila saya dapat berkongsi maklumat ini dengan anak- anak buah saya dalam PAF (Puteri and Friends). Saya tidak mahu simpan sendiri info ini dan saya mahu lihat ramai lagi yang dapat menikmati peluang cash, car & convention ini. Bermula bulan September tahun lepas, saya mula memecut dan lebih agresif dalam mempromosi produk Shaklee dan mempromosi peluang pendapatan sampingan bersama Shaklee. Saya ambil peluang dengan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram, blogging- semua yang ada di laman media sosial untuk membantu saya berkembang dalam bisnes ini. Terus- terang, saya juga kagum dengan pendekatan yang digunakan oleh Hanis Haizi dalam bisnes Premium Beautiful beliau. Cuma yang berbeza, saya sangat simple (dan mentor2 saya juga sangat simple) dan tidak begitu berminat dengan gaya hidup mewah & extravaganza beliau. But honestly, nevertheless, i am beyond impressed! If to find similarities between me & Hanis, that would be the ability to dream, to achieve what others thought would be impossible.



And I choose to dream the impossible :)

Till soon,
Puteri

Thursday, April 18, 2013

Work at home mom, BERANI?

Weeee! Hari ni ada sedikit masa yang tenang untuk saya tenang- tenang update blog. Walaupun mata ni letih mengadap computer dari pagi, tapi bila idea datang, jangan ditangguh- tangguh lagi, kena update blog sebelum bersawang dan orang pun takmo lagi singgah :)

So anyway, bulan April berbaki kurang dari 2 minggu, dan Shaklee Malaysia masih lagi menawarkan promosi Nutriferon, beli 6, percuma 1. Setiap pembelian juga layak keahlian percuma dan cash bonus tau. Nutriferon di rumah saya memang item wajib. Kebetulan bulan ni Aliyah & Adam masing- masing batuk dan selesema agak berlarutan, must be because of the weather- kejap panasss sangat, kejap hujan ribut. Saya pun introduce Nutriferon pada dua beradik ni. Wah kemain suka, dah sampai kena sorok pulak. Ini yang seronok bagi supplement pada anak- anak bila diaorang tak sihat, takde masalah nak pegang kaki tangan sumbat ubat lagi dah. Tambah2 si Adam, punya la payah nak makan ubat.

So, jangan malu- malu yer hubungi saya untuk dapatkan Nutriferon pada harga istimewa, bulan ni saja tau. Ok habis iklan dah!

--------------------------------------------------

Cerita business pulak. Kalau pembaca blog ni teliti dan perasan la, saya dah tukar description pada About Me tu. Aha! Yang paling berbeza tu saya tulis, nampak tak - juggling mommyhood & Shaklee business from home! 

This has been my dream since last year, when I realized that Shaklee business can unleash my full potential, not just a business owner but also as a leader (ayat resume tu). And ALHAMDULILLAH, thanks to my sucky job membolehkan saya mengejar impian ini dengan lebih cekal dan bersungguh- sungguh. Ha, bagi yang rasa kerja tu sangat sucky, sila cari distraction lain ye. Kadang- kadang sucky job lah yang kita perlukan supaya kita dapat jadi lebih kreatif mencari alternatif lain. Anyway, of course sucky job saja tak cukup, push factor terpenting bagi saya ialah kebebasan menguruskan kehidupan berkeluarga. Tak perlu saya kongsi dengan lebih details, saya rasa ramai ibu- ibu yang mahukan kebebasan ini. Kita mama- mama pasti faham erti kebebasan ini kan!

Saya teringatkan vision board yang saya buat, beberapa bulan yang lepas. Saya nekad untuk bekerja dari rumah, saya letak gambar WAHM yang bergaya sekali, tersenyum sambil anak yang taat bermain dengan ceria tak ganggu pun mak dia. Hari- hari saya pandang vision board saya, betapa nak sangat saya kebebasan itu. Tambah pula hari- hari Aliyah tanya, "mama cuti ke hari ni?". bila malam pula dia tanya lagi "esok mama kerja tak?". Huiii makan dalam tu hari- hari kena jawab. Thank you for loving my company so much Aliyah :'). Dengan perancangan dan impian dan kesungguhan, bulan Mac saya nekad untuk resign, dengan restu dan keyakinan yang diberi oleh suami. Saya sendiri sudah tentu cuak walaupun saya yakin saya boleh (ayat contradicting, cuak tapi yakin). Thank you suami ehehe!

Bermula bulan June, saya akan jadi WAHM sepenuh masa. Saya belum yakin untuk menguruskan bisnes bersama- sama anak2 di rumah, dan saya beri 2-3 bulan untuk saya sesuaikan diri, menjadualkan semula hidup seharian dan meneruskan misi business saya. Saya masih memerlukan bantuan pengasuh, sehingga saya menyelesaikan beberapa perkara urgent seperti kewajiban mengambil lesen memandu (arrrrgh i hate this part, but i have no choice now)!

It will be a crazy awesome adventure for sure! Doakan saya berjaya ya :)

Sapa berani? Theehehehe! 

Till soon,
Puteri

Sunday, April 7, 2013

aliyah's 4th birthday

4 April lepas adalah birthday Aliyah. tak pasti samada dia faham ke tak konsep birthday, tapi sejak akhir bulan Mac, kami dah bagitau, tak lama lagi birthday Aliyah, dah 4 tahun, jadi kena lah improve perangai2 yang mana patut hehe. Yang jelas dia tau dia patut mintak this and that. Tahun ni dia kata nak fairy stuffs- kepak rerama, tongkat sakti, entah apa2 lagi kat toys r us. kami belum beli pun, tak pasti nak beli ke tak. macam tak perlu hehehe!

Biasanya on her birthday kami berkumpul di rumah in law, dengan her cousins, beli kek dan makan2. Tak ada fancy party, except on her 1st, tapi itupun very small family gathering. Tahun ketiga lagi malas, the whole family pegi makan kat Penang Village and get a small cake (masa tu musim gilakan Upin Ipin). Basically I am not the type of mother that will host a fancy party with theme etc. Too lazy to think ahaha!

This year, we decided to bring her to Kidzania, and wow we made a super gooooood decision on this. Lets just check out the pictures ya, malas nak membebel dah. Seronok sangat tempat ni, bawak la anak- anak, berbaloi sangat. Oh sorry, gambar tak ikut susunan!




Ni activity pertama dia buat, sebab saya tengok ni ada banyak aksi
Dan kena cepat buat sebelum crowd lagi ramai.
Memang seronok dia, baik je ikut arahan, siap lambai2 mama dari dalam truck bomba tu. 
See, kan seronok bebudak dapat buat ni!
sebelah tu ayah aliyah yang over excited hehee! 
She wanted to do drawing, so lepak la dalam ni kejap.
Loving jer staff tu lapkan ingus Aliyah ahaha! 
Yang ni kurang action, so kejap2 dia pusing keliling katil.
Saya tanya, orang tu sakit apa? Dia jawab: Patung la tu mama...
"Adik umur berapa?" Aliyah jawab "Bukan adik la, Aliyah kakak :p"
Sila beli tiket online ya, kalau tak beratur lama jawabnya.
Masa kami pegi, musim cuti sekolah untuk international school.
Tapi ada rombongan sekolah & tadika.

Wednesday, April 3, 2013

latihan ke jamban

esok anak sulung saya, genap berusia 4 tahun. saya takde nak cerita pasal perkembangan dia ni, tapi nak share pasal toilet training yang dia lalui sejak setahun lepas. percaya tak saya punya peranan untuk train dia pegi toilet ni ada dalam 10-15% je kot. hehehe! saya terhutang budi dengan pengasuh anak saya ni. ada dua orang pengasuh yang terlibat sepanjang masa aliyah toilet training. kebetulan pengasuh yang awal tu dia bersalin, jadi aliyah dijaga selama 2 bulan oleh pengasuh lain yang juga jiran pengasuh asal tu. paham ke? ahahaha paham2 la sendiri.

so anyway, pengasuh2 aliyah sangat dedikasi ok, memang biasa la insiden terkencing kat lantai tu setiap hari, tapi dia tak putus asa. kitaorang memang dapat hasil je la, anak yang dah pandai bagitau nak kencing, yang boleh kencing bila disuruh sebelum tido dan selepas bangun tido. sangat lah mudah. saya mulanya bagitau kat pengasuh, pakaikan aje diaper, sebab tanak dia letih mengemop lantai. tapi dia sendiri bertegas, takpe, biar saya asuh dia sampai pandai, boleh jimat beli diapers nanti. sangat bertuah la kami sekeluarga. untuk training buang air besar senang sikit sebab dia memang senang dikenalpasti kalo tiba time nak membuang tu. cuma kadang2 dia confuse, nak kencing ke nak berak masa awal2 tu. akhirnya sebelum dia berusia 3 tahun setengah, dia dah fully toilet trained. alhamdulillah. memang jimaaaaat beli diapers! dan yang lagi bagus, kami tak pernah guna potty tu pun. saya beli je toilet seat untuk budak2 supaya aliyah tak terserlum masuk bowl ahaha!

kemudian si adam ni pulak. satu hari masa saya nak mandikan dia, tiba- tiba dia bertinggung dan kencing, masa tu umur dia dalam setahun 4 bulan. wah! comel nya budak kecik tinggung gitu ahaha! saya pun tanya pengasuh, rupanya memang dia ajar adam kencing tiap kali sebelum mandi. wah wah wah! terima kasih!! so sampai sekarang adam memang macam tu, before mandi, kencing dulu. btw, saya takde term comel2 untuk buang air kecil ni, not wee wee ke pee pee, shee shee shoo shoo ahahaha! tak terlintas nak ada term comel, jadinya kami guna term kencing & berak. semua orang paham. it just that aliyah think adam's thing is APPLE and she is not keen to mention hers. bila saya sebut, dia kata isk apa la mama ni! uiksss...

so we are expecting adam can be toilet trained before 3 y/o hopefully hehe..thanks to our dedicated babysitter! what's your story training your kids?

Wait! This is more like ME muehehehehe!

Tuesday, April 2, 2013

BLOG GIVEAWAY



Quick update!

Sempena harijadi anak sulung saya yang bijak tu, saya nak buat blog giveaway :) Simple task untuk memenangi giveaway kali ini, cuma tinggalkan komen:

  "Apakah azam dan keinginan anda dalam masa 3 bulan dari sekarang?" 

Tinggalkan nama & email anda di comment box supaya mudah saya hubungi anda nanti. 
Selamat mencuba :)

P.S: Hadiah bernilai RM200 mungkin jadi milik anda! 

xoxo
Puteri 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...