Saturday, June 30, 2012

shaklee business, saya memang serius!

semalam, hari terakhir saya di opis. ramai yang ingat, saya berhenti kerja untuk focus full time dengan business shaklee saya. oh! alangkah bagusnya. nope, tidak semudah itu ya, saya masih sangat2 baru dan belum boleh buat sepenuh masa.

walaupun focus belum mantap, tapi yang pasti saya memang sangat happy buat business ni. betul apa yang kita biasa dengar orang cakap, kalau hati dah suka, semua indah saja. berjaga malam pun indah, bangun awal pagi pun indah, terkejar- kejar lunch time beli stok, jumpa customer pun indah. semua indah ler. dapat bonus 15hb lagi ler indah!


semalam saya ke branch shaklee wangsa maju, ambik trofi, achievement award utk business growth. rank pertama saya iaitu supervisor. saya belum buat duit puluh ribu, tapi dah merasa bonus konsisten 6-7 ratus setiap bulan. sapa nak kasi ye tak? kerja makan gaji bagi kepuasan juga pada saya, sebab minat pada bidang tu memang besar. tapi tak semua idea kita diterima pakai dan diberi ganjaran setimpal, maklumlah bukan kita yang buat keputusan. saya salurkan tenaga dan idea saya ke business saya, dan nah, memang diterima pakai (sebab tu idea saya, mesti lah saya terima hahaha) dan memang ada hasilnya! sikit ke banyak ke, memang ada hasil, ikut banyak mana usaha saya. bila saya rasa down & demotivated at work, saya pujuk diri, ok takpe, si polan tu bukan decide apa yang aku nak rasa atau fikir, tapi aku sendiri yang decide. so i decided to be happy and positive about things that going on around me. BUKAN MUDAH, ada masa negativity memang boleh tarik kita ke bawah, ke lantai, boleh tersembam. tapi kita boleh pilih untuk lawan dan terus berjalan dengan bergaya! dan toleh ke belakang jelir lidah skit ngahaha!

balik rumah, lupa terus pasal masalah di opis, sebab saya dah jumpa kesukaan saya yang baru dengan businesss shaklee. nak tau apa pemangkin saya? saya ada group kawan2 yang positif, saling sokong menyokong. walaupun sesekali ada je yang down dan mula fikir mengarut, yang lain cepat2 akan zassss..hey shut up and move on! cewah, idakla gitu ayat diaorang hahaha!

saya bukan jenis orang yang bersungguh- sungguh pada setiap fasa kehidupan saya. masa sekolah rendah saya bersungguh belajar, naik sekolah menengah MashaAllah nakal pemalas tidur dalam kelas kuat menjawab cikgu dll. contoh pelajar sengal cikgu tak suka lah! akibatnya SPM ala kadar je, orang masuk matriks, saya masuk form 6. bukan form 6 tak bagus, tapi agak sedey bila kena compare hahahaha!

masa form 6, kali pertama dalam sejarah kehidupan dewasa (19 tahun dewasa sangat hehe), saya belajar sungguh- sungguh! sungguh2 to the max, siap ada note dalam poket baju sekolah. study group hari2, bangun tengah malam belajar lagi. kenapa saya buat macam tu? sebab saya takde jalan lain selain masuk universiti. saya tak nak bekerja tanpa degree. saya mesti ada degree. degree dalam bidang apa pun tatau, asalkan degree hehehe!

zaman universiti adalah zaman lalalalalala! belajar pun malas, entah apa je aktivity saya masa tu. mujur tak fail  kihkihkih. buttttttt i am among the first who got the job immediately after the graduation. sebab saya determined. saya mesti dapat kerja tahun tu jugak. dan saya dapat alhamdulillah. kena chargas chargas chargas! lembik lemau kena tinggal, no! no! no! gaji pertama saya beli jeans Levi's, bukan sehelai, tapi dua helai yer. gaji bulan kedua pegi tido hotel dengan kawan2 hahahahaha tah apa2 je.

fast forward, bila dah masuk ke alam pekerjaan, ada kerja yang saya suka, ada yang tak. tapi saya tetap buat betul2, dan kadang2 mengelat. hahaha! majikan kena paham, pekerja yang mengelat adalah pekerja yang rendah motivasinya. atau majikan dah salah pilih masa interview. dua sebab tu je. tak payah la pening2 buat analisis nape ada staff rajin, ada yang malas. motivasi atau salah pilih orang. senang kan? tak payah bayar HR consultant utk tau benda ni yer. apa yang aku merepek ni labu??!!

bila saya tengok trofi tu semalam, ada semacam emosi sebab saya buat business ni untuk tujuan yang lebih besar, yang boleh menukar masa depan anak- anak dan keluarga saya. saya mahu berjaya :))

berminat untuk buat side income dan rasa gembira tiap2 tengah bulan terima bonus? calling2 ya!


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, June 26, 2012

all about adam!

phew! rasa lama sangat tak update blog. rasanya belum bersawang. saya tengah sangat busy di ofis, ini minggu terakhir saya sebelum saya berpindah ke tempat kerja baru pula. alhamdulillah, ini peluang yang lebih baik untuk masa depan kareer saya dan juga penambahan pendapatan isirumah yang lebih tinggi hehehe...dah 6 tahun lebih saya di tempat kerja sekarang, nak kata tak sedih, tipulah kot. banyak kenangan pahit manis kat situ, dan apa diri saya sekarang ni samada sebagai seorang manusia ataupun seorang pekerja, banyak yang saya belajar daripada tempat kerja sekarang. saya berkahwin, beranak 2 orang semasa bekerja di situ. haih. tempat jatuh lagikan dikenang kan...ok habis di situ.

mari kita analisis apa yang anak lelaki montel saya dah boleh buat sekarang ni ya:

latest pic of adam

  • dah pandai "cruising". saya peratikan, dia ni sangat tegap. bukan montel lembik punya orang. boleh pegang sebelah tangan di sofa, sebelah tangan capai toy di lantai, siap bengkok lutut. hebat!
  • dah merangkak. tapi cara merangkak lain macam sikit. sebelah kaki bengkok half sitting. sebijik macam aliyah masa kecik. genetik kot merangkak pesen ni. 
  • oh dah pandai merajuk ye. bila naik suara atau lambat handle dia, boleh telentang atau meniarap tutup muka menangis. 
  • makan, makan, makan. pandai mintak makanan orang lain juga. 
  • pandai suap sendiri. dah pandai pegang sippy bottle dan dongak kepala untuk minum. 
  • dah pandai kutip makanan dan suap ke mulut. 
  • tepis sudu atau tangan mama bila dah kenyang. 
  • terlentuk malu bila ada stranger, atau paling muka ke belakang. 
  • bila diambil orang tak kenal, menangis terus!
  • campak toy bila marah. 
  • ketawa bila saya buat2 terkejut.
  • pura- pura batuk. takleh tahan lawak ni. 
  • angguk bila ditanya, "sedap tak?" mesti food related juga. 
  • pandai berebut toys dengan aliyah. 
  • pandai jerit, dan suka jerit bila ada echo. bising sgt kat parking lot. 
  • teruja dengan mickey mouse, timmy time. 
  • teruja dengan buku yang ada gambar mickey mouse. 
  • suka belek buku
  • marah- marah bila gagal selak mukasurat buku
  • koyak buku
  • makan buku
  • dah buleh sebut mama, ampu (lampu, bukan ass-kissing ampu), dan babbling tatau apa makna
  • semakin comel dan bijak (hahaha anak kita lah yang paling comel dan bijak kan!)
so far, adam is a happy go lucky baby. suka tersenyum, suka ketawa. bila pergi rumah uwan, dia akan sengih dulu kat uwan depan pintu. bila nak balik, tiap kali saya kiss mak mertua, dia dah ready sengih2. personality wise, he is more friendlier than aliyah at same age.fizikal of course lagi besar, lagi tegap, very manly. 

kurang sebulan lagi, adam genap setahun. genap setahun juga saya breastfeeding adam, alhamdulillah. semoga saya diberi kemudahan untuk sambung mengepam di opis baru dan diberi rezeki susu yang banyak untuk adam. amin. 

Wednesday, June 20, 2012

towards healthier skin!



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, June 19, 2012

kalsium dan vitamin c bantu tingkatkan metabolisme badan?

blog kevin zahri adalah antara blog kegemaran saya. dia rajin share pelbagai tips dan tak kedekut ilmu bila kita tanya macam2 tentang kesihatan dan senaman. memang best! saya follow dia di twitter jugak. pagi tadi saya tanya dia di twitter: kenapa orang dah kurus suka pakai baju ketat. dia jawab: OTOT! ya betul! show off le teww!!

ok, saya share apa yang kevin tulis tentang 10 cara meningkatkan kadar metabolisme badan kita.
  1. minum air secukupnya. 
  2. ambil supplement kalsium. kekurangan kalsium mencetuskan hormon yang buat badan berpaut pada lemak yang sepatutnya dibakar. 
  3. makan! snek adalah penting. makan snek yang tinggi protein dan fiber. 
  4. tidur dengan cukup. tidur 7-8 jam utk kekalkan metabolisme yang sihat. konsisten dengan jumlah jam tidur setiap hari. tak cukup tidur atau terlebih tidur akan buat metabolisme badan menurun. 
  5. jangan stress! stress meningkatkan kadar kortisol dalam badan. kortisol ialah hormon yang suruh badan menyimpan lemak sebagai persediaan menghadapi situasi bertekanan tinggi. 
  6. sinar matahari. duduk dalam ruang atau bilik yang gelap dan muram beri kesan yang sama pada badan sepertimana kita tidur. keluarkan sebentar dari ofis misalnya untuk dapatkan cahaya matahari, paling baik di antara jam 11 pagi hingga 3 petang. 
  7. lakukan senaman pemberat (weight training) 
  8. ambil vitamin C- gabungan terbaik diambil bersama2 kalsium. kalsium tingkatkan metabolisme, vitamin c pula mempercepatkan penyerapan kalsium tadi. perfect combo!
  9. ambil makanan pedas. kandungan capsaicin dalam cili mampu bakar kalori sehingga 30 minit selepas kita makan pedas (Puteri: OoooOOOooooo!!)
  10. Minum green tea atau oolong tea. teh2 ini mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan metabolisme. kena minum 4-5 cawan sehari untuk lihat kesannya.  

nak baca lagi details boleh gi sini: http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kaedah-tingkatkan-metabolisme-badan/

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, June 16, 2012

jadi ahli shaklee: soalan- soalan yang biasa ditanya

saya yakin untuk share produk- produk shaklee dengan orang lain pasal saya dah guna dekat setahun dan takde satu pun yang mengecewakan saya. serius. bermula dengan set breastfeeding, merebak ke vitamin2 untuk kesihatan anak- anak, suami dan mak bapak. dan paling seronok, customer2 yang mula cuba2 pun melekat dengan shaklee sebab memang berkesan. ikut jadual yang bersesuaian, minum cukup air, konsisten, insyaallah dapat result yang diinginkan. isu mahal ke murah tu dah jadi secondary sebab dalam jangka masa panjang, lebih banyak faedah yang diperolehi, terutamanya faedah dari segi kesihatan dan kecantikan.


ramai yang tak berapa jelas kenapa jadi member adalah lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang. saya kumpulkan kat sini soalan yang biasa ditanya dan jawapannya:
  • berapa yuran keahlian shaklee? 
    • RM65 saja seumur hidup. tambah RM10 untuk shaklee delivery member kit ke rumah anda. tiada yuran tahunan, tapi kalau nak dapat majalah shaklee today, kena bayar RM20 setahun. itu saja. 
  • apa cara lain untuk cari ahli?
    • beli product shaklee dan kumpul 200uv (point) atau lebih (dalam satu pembelian), automatic boleh dapat keahlian percuma. 
  • lepas kumpul point, saya dapat apa?
    • dapat CASH! setiap 15hb, shaklee akan keluarkan bonus dalam bentuk RM berdasarkan point yang terkumpul. 
  • berapa minimum point yang layak untuk dapat bonus?
    • minimum 150uv (point) sebulan, baru layak dapat bonus dalam bentuk RM itu. 
  • apa jadi jika tak dapat kumpul point?
    • tak jadi apa-apa :) no pressure. bulan depan boleh kumpul lagi. 
  • selain dapat cash, dapat apa lagi?
    • ahli dapat beli dengan harga 15% lebih murah daripada harga retail. banyak beza tu. 
  • saya bukan nak meniaga, buat apa nak jadi ahli dan kumpul point?
    • ini pun saya punya pendapat dulu- dulu sebelum kenal shaklee. bila dah guna, ia berkesan, memang naturally saya akan share dengan kawan2 dan keluarga tentang kebaikan produk ini. tup- tup one day point terkumpul dari order kawan2 dan family tu dah layakkan saya dapat free membership, terus dapat cash bonus. seronok i tell you!
saya fikir sekarang ni, apa juga kita nak share memang di hujung jari je. click je share kat FB tu, tulis je kt twitter, semua orang tahu. tak payah ajak mai rumah tengok vitamin2 kita kan! lagi satu, benda baik ni memang orang seronok nak share. kadang2 kita sendiri share macam2 info tentang mana nak shopping la, kedai mana buat sale la, product mana berkesan la. semuanya naturally je. memang kita suka nak berkongsi maklumat dengan kawan2 dan keluarga. it's actually easier than we think with social media! dan bila kita konsisten mengambil vitamin (yang selamat, berkesan dan semulajadi), ianya akan terserlah pada muka, badan dan kecergasan diri kita. orang lain akan mula bertanya dan bercakap tentangnya! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, June 14, 2012

kanser prostate, diam-diam menyerang!

berhenti seketika bercerita tentang vitamin E dan kecantikan kulit. sempena hari bapa bulan june ni kan, ada bahagian lain yang sangat penting juga yang perlu kita ambil tahu iaitu tentang kanser prostate. saya kutip info daripada majalah care for life KPJ.

apa sebenarnya kanser prostate ini?

  • secara ringkas, kanser prostate mengambil masa yang lama untuk develop dan jarang dapat dikesan sehinggalah kanser berada di tahap akhir. kebanyakan lelaki yang dapat kanser prostate berusia 65 tahun ke atas. walau bagaimanapun, ada lelaki yang lebih muda menghidap penyakit ini. 


apa penyebab kanser prosate?


  • faktor penyebab kanser prostate termasuklah faktor genetik, bangsa dan berat badan. jika terdapat ahli keluarga yang menghidap kanser ini, risikonya adalah sekali ganda lebih tinggi. kajian mendapati lelaki african-american lebih terdedah kepada risiko kanser prostate, dan obesiti juga menyumbang kepada penyakit ini.  


apakah simptom kanser prostate?


  • simptom biasa ialah rasa pedih ketika buang air kecil, sakit ketika ereksi dan ejakulasi, kehilangan berat badan dan terdapat darah dalam air kencing. 

bagaimana kanser prostate dikesan?


  • terdapat 2 bentuk ujian boleh dijalankan untuk mengesan kanser prostate. yang pertama ialah ujian darah PSA (prostate- specific antigen), untuk mengesan kandungan PSA dalam darah (kandungan PSA adalah lebih tinggi di kalangan lelaki yang mengalami kanser prostate. cara yang lain dikenali sebagai DRE (digital rectum exam)- doktor akan periksa prostate melalui rektum. 


adakah pembedahan untuk buang tumor daripada kelenjar prostate menyebabkan mandul?


  • tidak


apakah rawatan yang diberikan kepada mereka yang mendapat kanser prostate?


  • ada radiation therapy, ada surgery untuk buang semua kelenjar prostate, ada juga yang dimonitor sekiranya simptom kembali terutama yang sudah lanjut usia dan tidak pernah mendapat kanser seumur hidup atau yang dapat kesan simptom di peringkat awal. 


apakah vitamin yang penting bagi mengurangkan risiko kanser prostate?


  • vitamin E dan selenium adalah penting bagi mengurangkan risiko kanser prostate. vitamin E menghalang sel yang sihat berubah menjadi sel kanser. 400 milligrams dicadangkan diambil setiap hari. selenium mengandungi anti oksida yang membantu mencantumkan protein dalam badan supaya dapat menstabilkan sel. 200 milligrams dicadangkan diambil setiap hari. 

Vita- E Complex Shaklee adalah pilihan terbaik untuk mendapatkan kebaikan vitamin E bagi mencegah kanser prostate, di samping memberi kesihatan seksual yang lebih baik untuk lelaki dan wanita. Vitamin E Shaklee mengandungi selenium yang diperlukan, dan ianya semulajadi, selamat dan berkesan. dapatkan harga promosi bulan Jun yang hebat dan sangat berbaloi untuk suami dan ayah anda sempena hari bapa ini :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, June 12, 2012

tips penyusuan berjaya- cara menangani stress

mesti ramai mommies yang breastfeed setuju yang stress adalah  musuh ketat kita kan! tambah- tambah yang mengepam kat opis. bila stress, menung je la tengok dinding tunggu susu mencurah- curah nan hado!

breastfeeding itself is actually calming. yer saya setuju, tapi breastfeeding tak sama dengan mengepam! mengepam boleh jadi sangat stressful kalau tak kena hari, tak kena gaya. bila di opis terkejar- kejar, nak pam, nak meeting, nak makan dll. dan cara kerja kita tak sama, ada yang melekat kt meja all day, ada yang merayap all day. ada yang flexi, ada yang tak. saya pernah (dengan naive) fikir, jadi cikgu lebih mudah kot nak mengepam, kerja pun half day. NOT! cikgu terikat dengan jadual mengajar dan jangan harap nak mengepam sambil mengajar. imagine guna handsfree medela freestyle sambil ajar tajwid? ajar sains buat eksperimen??!!

saya bersyukur saya dah otai kat opis ni, so bila2 saya nak pam pun buleh, tapi belum otai sangat sampai nak skip meeting haha! itu dah melampau lah kan. anyway, jom baca sikit, artikel ni saya jumpa bila saya google tentang stress dan breastfeeding. kelakar jugak nama website www.breastfeeding-problems.com! specific abes!

tips kurangkan stress semasa menyusu:

  • gunakan masa menyusu sebagai masa terbaik untuk memanjakan bayi. usap rambut mereka, bercakap, sing atau just korek2 mata, hidung diaorang haha!
  • makan snack dan minum sebelum menyusu. kalau kita pun dahaga dan lapar, memang lah tak seronok nak menyusu dengan perut berkeroncong. 
  • menyusu di tempat yang sunyi dan tenang. ini saya setuju, kalau saya menyusu depan tv, adam akan kejap2 berpaling tengok tv, memang stress!
  • jika berkesempatan, mandi dulu, dengan air suam untuk bantu flow susu lebih lancar
  • pilih position menyusu yang paling selesa untuk kita dan bayi. mesti ada favorite position kan. macam saya, mesti la menyusu sambil baring. adam pun selesa berbaring sebab dia dah tak muat riba mak dia. 
  • dapatkan tidur yang cukup. ada masa kita kena lupakan rumah yang bersepah, kain baju tak lipat, dan pergi tido. 
  • cari jalan untuk bertenang dan unwind. ada orang unwind dengan meditasi, yoga, bersenam, berurut dll. solat dan berdoa adalah pilihan terbaik untuk kita orang islam to unwind. bagusnya, kita ada 5 kali sehari untuk unwind!
  • cari hobi atau kembali kepada hobi yang biasa kita buat. tukar tumpuan minda selain daripada fikir pasal breastfeeding 24/7
  •  beritahu pasangan atau ahli keluarga tentang stress yang anda hadapi, mereka pasti boleh membantu 
antara cara lain untuk bertenang semasa menyusu termasuklah membaca. dulu masa aliyah memang saya akan pastikan ada bahan bacaan masa menyusu, kalau tak rasa lama sangat pulak menyusu. saya bukan jenis enjoy sangat anak bergayut kat dada hahaha! rasa nak cepat2 setel menyusu, rasa restless kalau lama2 sgt. sebab tu bila ada buku saya boleh distract fikiran saya dengan membaca. plus anak pun dapat contohi tabiat membaca tu. masa tu takde mobile internet ok! dengan adam, tabiat saya buruk sikit, ber-Fb atau twitter sambil breastfeeding. buruk perangai ok. last week dah cuba membaca semula, tapi tertido pulak hehehe! saya akan ubah! baik!

nak tau apa yang bantu saya handle stress sekarang ni? i am not joking, it's vitamin b-complex! on weekend i take more b-complex! i will quickly have my breakfast and take 1 tablet b-complex to start the day. it really helps to handle my stress. ramai orang tanak ambil b-complex pasal takut gemok! itu semua tahyul ya! b-complex juga bagus utk skin ok. 

anyway, sebab tu dalam set breastfeeding, tak boleh skip b-complex ni, memang kena ambil. percayalah ianya memang berbeza. 


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, June 10, 2012

kulit sihat dan cantik, cara mudah dengan supplement shaklee

sejak seminggu lepas, beramai- ramai pengguna shaklee group FB yang saya join mula mencuba buat masker dengan ESP & Vitamin E. saya dah suruh kawan saya cuba minggu lepas, padahal saya sendiri belum ada masa nak cuba. kawan saya cakap best gila, kulit jadi supple bila bangun pagi. memang teruja saya sendiri nak cuba. akhirnya malam ni baru ada kesempatan.

humak aihhh memang best ya amats!! bau sedap rasa nak makan masker hahaha! letak sikit je ESP tu, hujung sudu, letak air sikit, picit vitamin E, kasi sebati, tepek kt muka. sangat berbeza rasanya. alang- alang sapa yang dah ada ESP dan vit E tu, leh la cuba ya. tak payah hari2, karang bengkrap haha! tapi takpe, bulan ni vitamin E promo price memang menarik ok! tak rugi letak kt umah, dan telan masuk perut. cantek la nanti insyaallah!


kenapa energizing soy protein menjadi pilihan mereka yang ada masalah jerawat atau masalah kulit kusam dll? protein adalah makanan kepada sel ya, kulit yang bermasalah bermakna, sel pun ada masalah, tidak sihat. berikan sel protein terbaik, sel akan diperbaiki dan dipulihkan. selain itu, protein menjadikan kulit dan badan kita lebih anjal dan gebus. untuk kulit bermasalah, gabungan ESP & Vitamin E adalah yang terbaik. untuk yang ada bajet lebih, boleh tambah Vitamin C dan B- complex. memang berpuas hati. 

-------------------------------------------------

annnyyywaaay...semalam saya pergi conference shaklee, ada product launching dan award untuk yang berjaya dengan business ni. very inspiring and humbled nengok mommies2 part timer/ full timer yang naik pentas, gendong anak pun ada naik pentas dapat award. yang lain dari lain, semua mak- mak ni sangat sederhana walaupun kita tau RM diaorang memang boleh tahan! sederhana dalam ertikata yang sebenarnya. salute!

bila balik rumah, saya berfikir panjang. masa di rumah bersama- sama anak- anak lah pelaburan terbaik (syarat tak jadi singa sepanjang masa dengan diaorang ler haha). dan mak- mak yang naik pentas tadi tu dah buktikan dengan azam diaorang nak bekerja dari rumah dengan pendapatan yang sangat selesa. amin amin amin ya Allah, saya ada impian yang sama, makbulkanlah. terima kasih Allah.

P.S: product launching semalam yang meletop ialah Colagen Powder. nanti saya share lagi info. tak payah cucuk2 y'all, kita telan dan sapu je segala mak nenek supplement ni kasi lawa hahaha! seriously, sejak nak masuk 35 tahun ala2 kertu ni, makin vain ya saya ni. nak sihat, nak lawa, nak cergas, semua nak. ok, selamat malam! esok kita kelija!!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, June 7, 2012

verbal intelligence

salah satu buku kegemaran saya di rumah ni ialah buku tony buzan, bertajuk brain child. saya pernah tulis sikit pasal buku ni dulu.



ada satu bab yang sangat melekat dalam kepala saya, iaitu bab 4, bertajuk "multiple intelligence". saya share sikit apa yang penting saya jumpa dalam buku ini. boleh kita sama- sama praktik dengan anak- anak.


  • multiple intelligence terdiri daripada:
    • verbal intelligence
    • numerical/ logical intelligence
    • engineering/ spatial intelligence
    • sensual intelligence
    • body/ kinaesthetic intelligence
    • creative intelligence
    • personal intelligence
    • social intelligence
    • spiritual intelligence
  • ada banyak cara untuk ibubapa mengasuh intelligence anak- anak dalam aktiviti seharian. saya nak share tentang verbal intelligence saja dulu ya. 
  • verbal intelligence: apa yang ibubapa boleh buat ialah, bercakap, berbual dan menyanyi lah dengan anak- anak seawal usia mereka sehari lagi! jangan fikir mereka tak faham ya. bila kita bercakap, menyanyi dengan mereka, itulah komunikasi bagi mereka. dan apabila mereka dah berusia lebih kurang 2 bulan, mereka akan dapat bersuara dan mengeluarkan bunyi2 dari mulut dengan sendiri. bunyi2 inilah yang kemudiannya akan jadi perkataan! saya pun perasan, masa dalam pantang lepas sebulan lebih, aliyah dan adam pun dah bersuara, terutama bila saya datang dekat, atau waktu pagi bila bangun nampak muka mama dulu. mak saya punya term "dah menegur" katanya.
  • kemudian bila dah besar sedikit, ajak lah mereka bersembang pada bila- bila masa. macam kita bersembang dengan orang dewasa juga (tentulah topik pun kena sesuai ya). mula- mula mereka akan dapat perkataan baru, kemudian mereka akan faham konteks perbualan pula. dan kita pula sebagai ibubapa akan melatih dan membentuk cara kita yang tersendiri semasa berbual dengan mereka. 
  • pastikan juga bila berbual, perkataan- perkataan dikaitkan dengan imej. bayi seawal usia 4 bulan boleh dilatih melihat buku bergambar, mesti mereka suka. tunjukkan gambar, sebutkan nama objek dan imej tersebut. seronok! bila dalam kereta pun kita boleh buat aktiviti ini. lihat, itu matahari! blue sky! bendera! saya teringat, masa kami travel balik kampung, aliyah masa tu baru setahun 9 bulan kot, dia lihat ke langit dan cakap, mama, blue sky ikut kita! amazing! perkataan + konteks! bukan anak saya je amazing, ini memang intelligence semua anak- anak kita, cuma kita perlu asah saja! 
  • bila anak dah besar sedikit, perkataan- perkataan tadi dah boleh jadi cerita, dan bila lagi besar, imej- imej tadi sudah tergambar dalam minda mereka dan mereka boleh merekacipta pelbagai lagi gambaran2 lain dalam minda mereka. 
ok mama semua (dan ayah2 kalau ada membaca blog ni), cuba ya teknik ni! oh saya jumpa link ni http://www.buzan.com.au/Brain_Child.pdf  download dan baca OK :) 

Wednesday, June 6, 2012

lesson learnt: hampir setahun dengan supplement shaklee

diam tak diam, bulan July depan genap adam setahun usia. genap juga setahun saya breastfeeding. buat masa sekarang ni, stok saya dah tidak lagi penuh freezer tapi ada lah sikit. kadang- kadang surut sampai zero. pernah sekali adam kena minum formula, tak silap saya dalam 3oz, satu feeding di rumah babysitter sebab tak cukup. esok harinya adam dah tanak lagi formula, dia sanggup tunggu mama balik. stress sangat saya masa tu.kesian kat adam pasal dia tak suka rasa formula. mujur dia dah boleh makan dan tak bergantung pada susu saja.

Adam, dah ada 6 batang gigi, 4 atas, 2 bawah. Suka makan apa saja! 
bermula 6 botol x 3oz, kemudian naik jadi 6 botol x 5 oz, kemudian turun 4 botol x 5oz bila dia dah start makan solid food. sejak sebulan lepas, hanya 3 botol x 5-6oz saja. pagi sebotol, tengahari sebotol dan petang sebotol.

masa saya kasi adam formula tu, saya fikir, saya perlu tenangkan kepala otak dulu, dan tanak risau anak lapar. semuanya gara- gara disiplin mengepam dah lari. saya take a break mikir susu tak cukup selama 2-3 hari, dan berharap adam bertahan. alhamdulillah dia dapat bertahan. babysitter pun sangat kreatif membantu supaya adam tak fikir nak susu je. bersyukur sangat.

now dah back on track, ini cara saya sekarang ni, maybe kalau ada mummy2 yang mengalami masalah yang sama (masalah cari sendiri, culas mengepam!).
  • pam 2 kali di opis, pagi dan petang. saya cuba pam 3 kali tapi rasa mcm tak produktif langsung bekerja, rasa bersalah pun ada. 
  • tengah malam kalau anak2 tak buat perangai dan saya tak penat, saya akan pam dalam pukul 11-12 mlm. in case tak cukup yang pam di opis tu, leh top up. 
  • subuh: ini paling penting sebab saya akan menyusukan adam 2-3 kali sepanjang malam, sekejap2. sebelum tidur saya akan bancuh ESP dengan milo dan makan alfalfa. sekarang ni lagi rajin, saya tambah Performance Drink dan Mealshake untuk lebih ummph! bila bangun subuh, memang biasanya akan engorge dan boleh pam 4-5 oz. yang ni lah saya buat stock. sehari sebotol utk simpan. 
ada masanya adam nak susu lebih dari biasa, bangun subuh pun kurang susu nak pam, dan saya takkan pam pun. terus direct feeding before pegi keje. dan memang vitamin2 ni membantu saya untuk tidak stress dalam byk hal2 breastfeeding, bantu saya replenish susu dengan lebih cepat. lepas pam di opis, saya akan terus balik, by the time sampai rumah babysitter, dah boleh susukan adam, tak risau lagi. 

walaupun supplement ni adalah paling terbaik pernah saya cuba untuk saya terus breastfeeding, tapi mesti tau yang culas mengepam adalah musuh utama. dan malas minum air musuh juga tu. kalau nak cuba, saya boleh share tip- tip terbaik mengepam dan pengambilan vitamin bagi mempercepatkan badan kita hasilkan susu untuk feeding atau pumping session seterusnya.

tapi ingat, TIADA JALAN MUDAH DAN JALAN PINTAS!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, June 4, 2012

si manja mengidap asma?

lagi satu majalah kegemaran saya yang saya akan ambil (dengan izin) tiap kali pergi bawak anak jumpa doktor ialah majalah positive parenting. saya tak pasti macam mana nak beli majalah ini atau melanggan, tapi ada 2-3 copy yang saya simpan di rumah untuk rujukan. memang banyak info.

Pic: Google
ini sikit sebanyak info tentang asma dan kanak- kanak yang ditulis oleh Dr. Norzila Mohamed Zainudin, Pakar Perunding Kanan Pediatrik & Respiratori (Majalah Positive Parenting).

  • kemungkinan kanak- kanak mendapat asma adalah 6%, tetapi meningkat kepada 30% sekiranya salah seorang ibu atau bapa menghidap asma dan meningkat kepada 70% jika kedua- dua ibubapanya menghidap asma. 
  • apa yang berlaku ketika anak diserang asma ialah, saluran udara ke peparu mengecil atau tersumbat, mengakibatkan gejala seperti batuk, berdehit, pendek nafas dan sesak dada. 
  • antara tanda serangan awal asma termasuklah: 
    • Batuk: jika anak anda kerap batuk, terutama sekali pada waktu malam dan tidak menghidap penyakit yang lain, ini mungkin menandakan di akan diserang asma. jika batuk berterusan sehingga 2 minggu tanpa sebab yang nyata, besar kemungkinan dia menghidap asma. 
    • Sukar bernafas: jika anak anda sukar bernafas, tekap telinga ke dadanya dan dengan dengan teliti. bunyi dalam dada mungkin menandakan serangan asma. bunyi- bunyi adalah seperti wheezing (berdehit), dan bunyi nafas yang kuat dan cepat. perhatikan samada si manja bernafas dengan hidung kembang atau jika dia kerap mendehem. 
    • Sentiasa perhatikan jika anak anda mempunyai gejala fizikal yang lain seperti muntah, berpeluh, kulit pucat yang boleh menandakan serangan asma. dia juga mungkin mengadu rasa sesak atau tidak selesa dalam dada. 
  • antara pencetus asma di dalam rumah termasuklah:
    • bulu binatang peliharaan, bulu burung, air kencing atau air liur binatang peliharaan
    • hama, debu dalam rumah
    • kulat dan spora
    • tahi lipas, bangkai lipas
    • asap rokok
    • minyak wangi, semburan rambut, losyen wangi
    • bahan pencuci, racun serangga, wap cat
  • cara mencegah, secara ringkas, ibu bapa boleh:
    • sentiasa pastikan rumah bersih dari habuk dan bulu binatang peliharaan, vacum permaidani dan tidar. cuci cadar dan langsir dengan kerap untuk mengelakkan hama, rendam dengan air panas sebelum dibasuh. mandikan binantang peliharaan dengan lebih kerap. 
    • jika cuaca dan pencemaran udara mencetuskan asma, anda mungkin perlu memastikan si manja anda bermain di dalam rumah apabila cuaca buruk atau tercemar. 
    • jangan benarkan sesiapa pun merokok di dalam rumah! dan elak tempat yang penuh dengan asap rokok di luar rumah!
dengan penjagaan dan pengurusan yang betul, anak yang menghidap asma dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan baik sama seperti anak- anak lain. doktor percaya, apabila merak semakin besar, ada kanak- kanak yang sembuh sepenuhnya, kerana saluran udara juga semakin besar dan memudahkan lagi udara keluar dan masuk. 

Sunday, June 3, 2012

brain and bedroom?! SUPER NICE!



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, June 2, 2012

vitamin shaklee, sangat membantu saat susu merudum!

dalam kemeriahan dan keterujaan promosi Vita- E Complex, saya tetap setia untuk berkongsi kegembiraan berkaitan breastfeeding.

aishah, BFF saya ni juga setia dengan supplement shaklee. ada banyak testimonial yang kitaorang kongsi berdua via Skype pasal ni benonya. yang best aishah suka eksperimen thehehe..kejap begini, kejap begitu dengan set 3M. dan akhirnya beliau setuju yang vitamin2 sangat sangat membantu perjuangan penyusuan beliau. tak seperti saya yang dah mula dengan vitamin ni sejak dalam pantang, aishah bermula selepas baby izzah hampir setahun, dek kerana kepupusan stok selepas kena travel overseas untuk kerja. bukan saja, aishah back on track dengan stok, tapi juga ada improvement dari segi kualiti susu yang dihasilkan *gaya review dari ladang tenusu*

KLIK GAMBAR 

tapi jangan lupa syarat utama untuk memastikan susu dapat dihasilkan dengan lebih banyak iaitu:

*minum air at least 2-3 liter sehari
* pumping ikut jadual
* direct feeding
* berdoa kuat-kuat!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, June 1, 2012

apa ada dengan vitamin E?

salam jumaat semua..saya bercuti lagi hari ini, sepanjang hari ada beberapa sesi "bergaduh" dengan anak sulung saya yang makin pandai dan bijak itu. sekarang dua beradik tu dah tidur, kerana penat bermain. mari kita baca tentang vitamin E, sempena promosi hebat Vita- E Complex Shaklee June ini.

ramai yang lebih familiar dengan vitamin E kerana kesan yang sangat baik pada kulit terutama masalah kulit berparut. sebenarnya vitamin E lebih daripada sekadar bantu hilangkan parut.

vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang boleh diperolehi daripada pelbagai makanan, lemak dan minyak. ianya juga merupakan anti-oksida bermaksud ia membantu mencegah kerosakan pada sel badan kita. anti oksida penting bagi melindungi badan kita penyakit berbahaya seperti cancer dan sakit jantung. kekurangan vitamin E pula boleh membawa kepada masalah lemah otot, masalah penglihatan dan masalah pergerakan seperti berjalan.

vitamin E yang larut lemak ini di simpan dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. 60- 70% daripada vitamin E yang diambil setiap hari akan disingkirkan daripada badan, dan ianya tidak menjadi toksik dalam badan. vitamin E yang lengkap mengandungi 8 komponen dalam 2 kelas utama (topocherols dan tocotrinols).

antara khasiat vitamin E ialah:

(1) membantu melambatkan penuaan sel badan
(2) melindungi paru- paru daripada pencemaran
(3) menyembuhkan parut luka
(4) membantu mencegah penyakit katarak
(5) mencegah kekejangan otot (terutama di kalangan atlit)
(6) menggalakan kesihatan rambut dan kulit
(7) mencegah anemia
(8) mengurangkan risiko alzheimer
(9) membantu merendahkan kadar kolestrol
(10) meningkatkan pengeluaran air mani bagi sesetengah lelaki
(11) mengurangkan rasa tidak selesa di kalangan wanita ketika seks (kesan menyusukan anak, pengambilan pil hormon atau melalui fasa menopos)

http://3ddemocracy.wordpress.com/2012/03/19/check-here-how-healthy-is-your-diet-and-nutrients-sources/

berdasarkan pembacaan ringkas saya berkaitan vitamin E, ianya lebih kepada usaha mencegah dan bukan merawat penyakit serius seperti sakit jantung dan kanser. dan yang paling penting, vitamin anti oksida seperti vitamin E amat baik jika diambil bersama- sama vitamin C serta selenium, bagi kesan terbaik terutama bagi memperbaiki sel kulit yang rosak akibat jerawat.

Vita- E Complex Shaklee adalah pilihan terbaik kerana ianya semulajadi dan selamat serta terbukti berkesan. 

Sumber: University of Maryland Medical Center & Alin's Blog

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...